Kuih Vadai

Resepi ini berasal dari India Selatan. Nama kueh ini berbagai gelaran seperti: Vada, Vadei, Wada, atau pun Vadai. “MASALA‘ bermaksud adunan rempah. Maka Vadei yang berperasa rempah.  Vadei digemari sebagai makan petang kerana rasa dalam keadaan panas, garing, berempah lembut dan pedas sedikit. Betuk fizikalnya selalu berbentuk bulat 10-15cm bergaris pusat dan ada juga dalam bentuk bujur. Vadei di Pulau Pinang amat digemari oleh semua kaum. Penjaja Pasar Malam Melayu Pulau Pinang sudah jadikan jualan vadei ini sebagai kueh sampingan  bersama karipap atau pun popia. Kini jualan vadei, putu mayom, atau pun popia bertukar tangan dari Mamak kepada orang Melayu. 

Hasil carian imej untuk kuih vadai


Resepi:
BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm. kacang dal (pilih Dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India yang bersaiz kecil dan leper). Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. Nota: sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar (tbsp) dan simpan.
  • 2 tangkai cii kering dihiris halus.
  • 1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
  • 1 sudu kecil ( tsp) biji jintan manis.
  • 6-8 helai daun kari dicincang.
  • 1/2 sudu kecil garam masala ( tak semestinya kalau ada gunakan).
  • 1/2 inci halia dicincang halus.
  • Garam secukup rasa mula dari 1/2 suu kecil (tsp).
  • Minyak untuk digoreng.
CARA-CARA:
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.

2. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah, masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada  hasil kisaran yang terdapat dalam bekas. Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlubuat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.

3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang. Nota: Kalau anda tidak berpengalaman atau mahi, gunakan sudip yang telah rendam minyak dalam kuali. Letakan sudip ditepi gerigi minyak tolak masuk adunan itu dalam minyak panas dengan bantuan sudip satu lagi atau sudu).

4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadeh”  yang akan gorengan. Dalam gorengan vadei ini minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apai dapaur untuk vadei masak sempurna.

5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. Vadei yang masak biasanya akan terapong naik ke atas dan bueh-bueh semakin kurangan melalui vadei.

No comments:

Post a Comment

Makanan Tradisional

Pengenalan   Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Te...