Karipap

KARIPAP

Kuih Trasional 

Kuih Karipap



Karipap adalah sejenis kuih yang terkenal di Asia Tenggara bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura dan Brunei. Malah sekarang telah dikomersialkan dan dipasarkan ke seluruh dunia. Karipap diperbuat daripada tepung dan yang membezakannya adalah intinya. Jenis-jenis karipap bergantung kepada intinya seperti karipap kentang, karipap daging, karipap ayam dan sebagainya. Karipap sedap dimakan ketika panas bersama teh o atau kopi.


Resepi :

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 cawan tepung (doh)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air
  • 1 sk garam
  • (Bahan Utk Inti)
  • 3 biji kentang
  • 2 genggam udang kering
  • 1 ulas bawang besar
  • 3/4 sudu rempah kari dan sedikit daun kari

Cara menyediakan dan memasak:

  1. masukkan minyak yang betul2 panas dalam tepung
  2. kacau dengan senduk, kacau dgn jari sampai berderai.
  3. masukkan air. uli sampai rata sebati
  4. bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap
  5. apabila dah siap. tutup dgn plastik menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim goreng dengan api perlahan. 
  6. (Cara Membuat Inti)
  7. tumiskan bwg besar di dalam kuali
  8. masukkan udang kering diikuti dengan rempah kari
  9. masukkan daun kari
  10. kacau sehingga sebati dan naik bau
  11. masukkan kentang , kacau sehingga sebati letakkan di dalam karipap dan goreng seperti biasa (boleh juga ditambah ayam atau daging sebagai perencah).

1 comment:

Makanan Tradisional

Pengenalan   Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Te...