Monday, August 5, 2019

Makanan Tradisional

Pengenalan 

 Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.



     Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia. Di dalam blog ini saya akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai kuih tradisional yang terkenal di Malaysia daripada kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. di sini saya juga menampilkan resepi untuk pembaca sekalian. Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment

Makanan Tradisional

Pengenalan   Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Te...