Kuih Pau


Kuih pau atau nama asalnya bāozi ini berasal dari negara China. Menurut lagenda, pau dicipta oleh Zhuge Liang seorang askar pengatur strategi pada kurun ketiga. Ketika itu, beliau dan bala tenteranya sedang dalam perjalanan ke selatan China dan tentaranya telah diserang wabak. Oleh itu, Zhuge Liang telah membuat makanan berbentuk kepala manusia dan dalamnya berintikan daging sebagai makan kepada tenteranya yang terkena wabak untuk menyembuhkannya. Pau juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow. Pau dicipta selepas wujudnya ‘mántaó’ iaitu sejenis ban kosong yang dikukus tanpa inti didalamnya.
Di China, terdapat pelbagai variasi pau antaranya, xiâolòngbāo iaitu pau kecil yang berintikan daging yang menyerupai dumpling. Shēngjiān mántaó pula ialah pau kecil yang digoreng berintikan daging dari Shanghai. Manakala, tāngbāo ialah pau bersaiz besar berintikan sup yang pekat. Terdapat juga pau yang berintikan pes kacang merah, pes benih teratai, kastard kuning, bijan hitam dan pau yang berintikan rempah, daging dan sayur.Mengikut sejarah imigrasi penduduk dari China ke Malaysia, orang Melayu telah membuat bāozi ini sebagai makanan mereka dan dipanggil pau. Pau versi orang Melayu selalunya berintikan kari kentang, kari ayam atau daging. Ada juga yang meletakkan telur burung puyuh yang telah direbus di tengah sebagai penambah perasa kepada inti kari itu. Inti pau ini tidak banyak bezanya dengan inti karipap orang Melayu.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Sudu besar yis mauripan
  • 2 Sudu besar susu pekat manis
  • 1 Sudu besar gula
  • 3 Sudu besar minyak masak
  • 1/2 Cawan air suam
  • Sedikit garam
  • Inti* Ikut kesukaan sendiri

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan 2 sudu besar yis kedalam 1/2 cawan air suam 
  2. Masukkan 1 sudu gula ke dalam campuran yis dan air suam tadi kemudian kacau.
  3. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga berbuih.
  4. Di dalam bekas lain, masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar susu pekat manis, 3 sudu besar minyak masak, sedikit garam dan campuran yis tadi.
  5. Uli sehingga menjadi doh dan bulatkan. 
  6. Biar doh naik 1 kali ganda. Tutup doh dengan plastik
  7. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bulat-bulankan
  8. Leperkan doh dan isikan inti 
  9. Biar doh mengembang lagi.
  10. Sementara itu, panaskan kukusan Bila air dah mendidih, kukus pau tadi lebih kurang 10 minit.
  11. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Makanan Tradisional

Pengenalan   Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Te...